Thursday, July 15, 2010

Umrah Jun - July 2010 part 3

Adoi kenapa la hari ini mengantuk sangat kat office nie, nak hilangkan ngantuk liley sambung la update umrah ni ler, itu pun kalau masih lagi boleh ingat semuanya dalam ngantuk2 nie . :P

Memang tidur terus rupanya .. hehe hari ni hari ahad den sambung...

Ok Nak sambung. Walaupun tengah tengok cerita “cinta contrak ” kat tv3 nie, liley nak sambunglah cerita umrah nie, sebabnya masa tengok cerita tu, liley berangan nak kawin contract lak, ishkk baik liley bukak laptop ni tengok gambar2 semasa umrah, larikan pemikiran kawin contract tu. Her her her .. tengok la hormone ku back to unnormal.

Rumah liley ada banyak wifi on, akan tetapi semuanya ada password. Ada la satu nie sesat barat takder password, tp dengan syarat liley kena letak laptop ni kat atas fridge satu pintu ni, baru ada line,kalau letak tempat lain kadang2 ajer line tu muncul. Her her her .

Ishkk merepek ajer, bila nak sambung nie, ok sambung, di Hotel Fayruz tu takde catle kat dalam bilik so nak buat air panas susah. Kalau nak pergi ke dewan makan pulak, tempat air panas tu tutup pulak. Akan tetapi dekat lobby tu ada la org jual air panas teh/kopi secawan kecik tu satu riyal. Mahal, dia letak teh uncang tu,then bagi sache sugar and creamer. Liley memang ada bawa Nescafe,teh dan milo dari Malaysia yang 3 in 1 tuh,akan tetapi air panas takde, takkan nak amik air panas yg ada dalam toilet, tak lalu lah. Pada sesiapa yang selalu minum air panas macam teh ke kopi ke, bawala thermos kecil dari Malaysia, semasa dewan makan bukak tu boleh lah isi air panas tu kat dalam thermos dan bawa ke bilik.

Keesokkan paginya kami di nasihatkan berkumpul di lobby jam 6.30pg selepas sarapan pagi untuk pergi Melawat Sekitar Masjid Nabawi, Mahkam Nabi, Sahabat Nabi dan Mahkam Isteri2 Nabi, Raudah dan lain2.

Mutawif kami yang baik hati lagi hensom tu menceritakan mengenai sejarah2 Majis Nabawi, utz tu cerita memang jelas dan faham. Liley ringkaskan ajer la sejarahnya spt di bawah:-

· Masjid kedua di bina semasa Hijrah 622 Masihi selepas Masjid Quba yang pertama dan Masjid kedua paling suci setelah Masjidil haram dan Masjid Aqsa Yang ketiga Suci.

· Sebelah rumah baginda Rasul s.a.w

Kesucian Masjid Nabawi dan Masjidil haram tu lagi terselah kalau di lihat di wikimapia (secara satelite) secara live, terpancar sinaran dan cahaya dua Masjid ini, lihat lah sendiri di wikimap dan anda dapat saksinya hanya dua masjid ini sahaja yang nampak bercahaya. Subahanallah. Di bawah ni gambar sebahagian luaran Masjid nabawi dan sebahagian jemaah yang sedang kusyuk mendengar ceramah dari utz kami. Liley pulak sibuk mengambil gambar2, mana tak nya pertama kali melihat tiang2 di dlm gambar di bawah terbuka dengan sendiri seperti payung apabila tiba waktu panas terik. Sungguh menakjubkan sekali, bila ia terbuka luas seperti dlm gambar ketiga di bawah seperti berada di dalam Masjid itu sendiri. Kubah hijau di dalam gambar di bawah terdapat Mahkan Rasullulah s.a.w, Allahumasolli'ala saidina Muhammad wa'ala Ali saidina Muhammad, itulah ayat yg liley baca tidak habis2 sepanjang berada di situ. Ya Allah, aku mohon agar dapat kembali mengunjungi Rasulullah s.a.w, aku amat menrinduinya, permudahkanlah Ya Allah. Amin.

Sebenarnya kami berada di antara Mahkam Nabi dengan Mahkam Isteri2 Nabi serta kubur baqi. Selepas membaca doa2 dan Selawat di hadapan Mahkam Nabi ,Sahabat2 nabi serta isteri2 Nabi bersama utz kami, kami di beri Taklimat bagaimana memasuki Raudah. "Ruang antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman-taman syurga. Dan mimbarku terletak di atas kolamku" sabda baginda Nabi. Rauhdah ini dahulu panjangnya 26meter tetapi apabila sudah diletak pagar ia menjadi kecil sehingga 22meter. Waktu untuk memasuki kawasan Raudhah ini amat mudah bagi lelaki kerana di buka 24 jam untuk mereka,tetapi tidak pada kaum hawa yang hanya boleh memasukinya sekitar lepas jam 7 dan selepas zohor sahaja. Siapa yang tidak mahu memasuki tempat ini apabila berada di sini, liley tidak melepaskan peluang memasuki walaupun di katakan amat susah untuk memasuki lebih2 lagi kalau perempuan. Selepas taklimat mengenai raudhah kami berpisah antara lelaki dan perempuan untuk terus memasuki raudhah.

Semasa itu liley tidak tahu samaada ada peluang atau tidak memasuki Raudhah kerana, liley membawa ibu yg pada hari tersebut tidak larat lagi untuk berjalan. Untuk memasuki Raudhah harus berjalan sedikit jauh sekitar 500 meter jauhnya di campurkan jalan2 yg berlingkar2 di halangi dengan pagar2 rendah.

Tidak mengapalah jika tidak dapat masuk kali ini, liley cuba lain kali. Para jemaah lelaki dan perempuan sudah hilang di mata, kerna liley dan ibu berjalan sangat perlahan. Liley membawa ibu bersolat di dalam Masjid Nabawi, kami melakukan Tahayatul Masjid dan solat sunat yg lain. Ada pekerja Indonesia sedang membersihkan ruang tempat kami bersolat. Terdetik dalam hati liley untuk menyuruh pekerja indonesia ni menjaga ibu sementara untuk memberi ruang pada liley ke Raudhah, kerna tak tahu bila lagi bila liley akan dapat mengunjugi Raudhah memandangkan waktu utk wanita terlalu terhad. Liley memberitahu ibu jangan pergi kemana2 kerna liley hendak pergi ke Raudhah. Alhamdulillah ibu setuju. Liley tidak tahu jalan ke Raudhah, di katakan ruangan Raudhah berkarpet Hijau, liley sesat dalam Masjid kerna semuanya berkarpet Merah. Liley cuba tanya pada polis2 di dalam Masjid, shukur mereka menunjukan arahnya. Bila sudah menghampiri Raudhah, tetiba "Hajah duduk, duduk,duduk" , teriak perempuan berselubung hitam, kenapa berselubung? sebab matanya juga liley tk nampak, habis di tutupnya semua mukanya. Polis perempuan itu menyuruh kami duduk kerna di Raudhah sudah penuh.

Liley pun duduk, sementara menunggu utk memasuki raudhah tu, liley bersolat lagi, menitis air mata liley kerna berada berhampiran dengan salah satu taman syurga. Kemudian kami di suruh masuk ke raudhah, punya la sesak dengan manusia dari pelusuk dunia. Di katakan doa di dalam raudhah itu makbul, sampai shj dalam raudhah, liley tidak membuang masa terus berdoa untuk diri sendiri,kelurga dan kawan2. Liley membuka buku pesanan dan membaca dan berdoa satu persatu. Akhir doa tu , liley masukkan juga doa sesiapa yang ada mengirim doa melalui apa cara, phone, internet atau bersua muka yg liley tak ingat agar di perkenankan doa mereka. Amin.

Lepas itu liley cuba bersolat di situ walaupun tiada ruang langsung diantara ruang depan atau belakang. Liley berdiri tegak dan berdoa agar Allah permudahkan liley utk bersolat. Alhamdullilah liley dapat bersolat di Raudhah, dengan teriakan polis2 itu menyuruh kami keluar dan dikatakan giliran hajah dari Iran pulak utk memasuki Raudhah. Selepas solat, liley bertemu dengan Makcik2 dan nenek liley yang terpisah semasa perjalanan masuk Masjid tadi. Shukur, kami bertemu kembali, kami bersalam2 dan berpelukan di antara satu sama lain sambil menitiskan air mata.


Liley kembali mendapatkan ibu, alhamdullilah ibu masih di tempat yang sama sambil berdoa dan berzikir. Shukur , liley membawa ibu balikke Hotel di sekita jam 12 tgh hari kerna utz/mutawif kami sudah menunggu untuk membawa kami ke Hospital. Shukur, Allah permudahkan segalanya.

alamak ..panjang dah nie ..sambung next entry..

Wednesday, July 14, 2010

Umrah Jun - July 2010 part 2

Her her her , tapak dah ada tinggal nak menaip? menaip je ke tak olah ayat? maleh le nak olah2, apa yg terlintas kat kepala ajer la ekk ...:p her her her ... baru tak hipokrit ... tp kalau sebut pasal hipokrit ni pun bagus gak kadang-kadang. :)

Jap nak gie meeting, kojo den nie tak menentu, jangan cakap time office den buat blog tak kojo pulak, kojo den nie jenis kalau nak kena jumpa custdion waktu cuti pun kono pergi, tak menentu la, dateline dah ado, mano nak kono hantar tu memang kono hantar kalau tak KPI den lari nanti, jenuh nak kojar ... so meeting dulu la yek.


Di pintu Masjid Nabawi bahagian perempuan payah sikit nak masuk sebab ada Polis perempuan berjubah hitam yg nampak mata shj akan check setiap bag atau uncang yang kita bawa masuk ke dalam Masjid. Entah apa yg di carinya pun tak tahu. Tetapi pada satu ketika polis tu dapat menjumpai phone liley yg ada camera tu, dia tak rampas tp suruh pergi naik bahagian atas Masjid. Yang dtg bersama liley dah masuk duduk dalam masjid. Cakap arab tak paham, atau liley buat2 tk paham then terus ajer masuk dan solat di bawah bersama makcik2 yg lain. Karang kalau liley sorang naik atas siapa nak jaga makcik2, nenek dan mak. kalau polis perempuan tu datang balik tanya, liley cakap la "ana don't understand what you have said". Kalau dia tak paham gak liley nak cakap ... "kabi nahi he..." kalau tak paham gak "wa pu chi tau .." tk paham lagi liley ckp "maaf ibu kurang paham tadi bicaranya apa..." sekali dia paham daa .... laaa nampak dua mata je terjojol keluar, tetapi ada juga orang indonesia bekerja dalam Masjid Nabawi. Cait .


Biasanya kalau polis adalah orang arab2, orang indonesia satu dua je jadi polis, tetapi kalau cleaner rata2nya orang indonesia. Cleaner nie byk, ada bahagian mengutip cawan air zam2/ sampah , ada yg menjaga dan mengelap bahagaian tempat letak al-quran. Ada bahagian mengemop lantai, tiang2 dan lain2. Memang setiap masa mereka membersihkannya. Patut pun masjid tu sentiasa bersih dan bersinar2. Kebersihan itu juga adalah sebahagian dari iman.

Sempat jugalah liley berbual2 dengan pekerja2 indonesia ni, gajinya sekita 500 riyal shj. Jadi pada sesiapa yang ingin bersedekah bolehlah sedekah pada pekerja2 ini. Kalau nak cerita pasal sedekah ni, makcik liley yg dahulu pergi umrah pernah menjumpai 1000 riyal di dalam al-quran apabila dibuka untuk dibaca. Tapi tiadalah makcik liley ambil takut tak pulang lak ke Malaysia nanti. Lagi satu kalau nak bersedekah jangan bersedekah dengan orang2 berkulit hitam di jalanan, kerna sekali kita bersedekah, habis semua di jalanan tu mengepong kita menarik2 baju minta sedekah. Habis nanti. Awas.

Bersedekah ni banyak cara, kalau tidak cukup wang untuk bersedekah boleh sedekah dengan tenaga, jika kurang tenaga atau nak kumpulkan tenaga tu untuk tawaf ke apa nanti, boleh juga bersedekah yang paling ringan usahanya iaitu sedekah fatihah kpd yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Sedekah bacakan yasin untuk arwah2 dan sebagainya. Pahalanya hanya Allah shj yg tahu di bumi Madinah Al-Munawarrah yg penuh dengan barokah ini. Bak kata guru saya jangan la dikira pahalanya, ikhlaskan shj.

Mengenai doa,doalah banyak, liley memang banyak berdoa, nak tahu apa doa liley, boleh , bagi seposen dulu, masukkan kedalam akaun liley. Doa liley yang paling UTAMA adalah " Ya Allah Ya TuhanKu, tiada apa yang ingin ku balas kpd kedua orang tua ku, hanya doa keampunan ke atas kedua2 mereka yang ku pohon, kau ampunilah segala dosa kedua orang tua ku dan kasihanilah mereka seperti manamereka mengasihani aku semasa kecil. Ya Allah, ampunilah mereka, ampunilah mereka,ampunilah mereka. Amin. Inilah doa yang paling liley nakAllah kabul kan. Liley tidak dapat beri apa yang mereka mahukan seperti kemewahan dan kesenangan, hanya doa dan harapan agar mereka sihat, gembira dan di jauhkan dari perbuatan khianat manusia , jin syaitan, iblis dan sihir.

Apa? Doa liley yang lain? Ada tp privately la sapa nak email me, bayarannya sama shj seposen gak tapi seposen dinar boleh? Masukkan ke dalam akaun liley. Takkan lah semua doa liley nak tulis kat sini, penat2 kumpul pahala jadi bankrup C lak nanti, habis semua pahala, bak kata org kalau sedekah tu jangan ada org tahu hatta tangan sebelah kiri pun tak tahu. Inikan pula letak kat blog nie world wide org tahu, habis licin karang pahala. but kata Tok guru den jangan ingat pahala ,ihklas.

Doa yang tadi tu liley letak kat sini bukan apa, liley nak ingatkan aja, betapa ibubapalah yang paling penting sekali pada kita semua especially ibu kita. Bukankah ingat mengingati juga adalah saranan Nabi kita Rasulullah s.a.w. Tahukah kita semua ibu kita itu di samakan dengan kaabah. Allah telah menurun 120 rahmat setiap hari pada kaabah, 60-tawaf, 40-solat dan lagi 20 adalah kpd sesiapa yang memandang kabaah. Bayangkan shj melihat kabaah tanpa membuat apa2 pun kita mendapat 20 rahmat. Bagaimanapula dengan orang yg tidak dapat mengnjungi kaabah apatah lagi untuk memandangnya. Allah itu maha adil, di samakan kaabah itu dengan ibu kita, sesiapa yang memandang wajah ibu kita dengan penuh kasih sayang sekali sama 20 rahmatnya seperti memandang kaabah. Lihat, ibu kita di samakan dengan kabaah, sayangilah ibu anda dan selalu2lah pulang ke kampung.


Aduh dah berat dah page nie ...camno nie.. banyak laie nak den cerito ni ...

Sunday, July 11, 2010

Umrah Jun - July 2010

Dah lama tak update blog. Kali ini liley nak update pasal umrah baru-baru ini.
Moga pengalaman umrah ini menjadi aspiration kepada sesiapa untuk ke Tanah Suci.
Alhamdullilah hari dari panggilan Agung yang di tunggu2 tiba. Liley dan ibu serta ibu saudara, pakcik saudara, cursin dan nenek Selamat pulang dari mengerjakan menunaikan umrah. Ini juga berkat dari doa keluarga dan kawan-kawan.
Di Bahrain kami tinggal di Hotel ala lupa pulak nama, tapi liley sebilik ngan ibu liley aje, luas dan masuk2 aje ada sepinggan buah complimentary untuk kami. Siap ada dua buah sofa and coffee table. Sampai ajer bilik tak sempat nak makan buah tu pun, baring2 semua tak sempat, solat aje, mereka dah panggil untuk pergi ziarah. Tempat yang kami pergi tu seperti Masjid Negara bahrain, Muzium Negara bahrain , Muzium Al-quran Bahrain dan lain-lain.


Muzium Negara Bahrain.


Memandangkan ura2 mengatakan tidak boleh membawa camera dalam Masjidil Haram jadi liley buat persediaan awal tidak membawa camera langsung ke sana, jadi gambar2 semua ini di ambil dengan menggunakan camera handphone jadi kualitinya paham2 shj lah. Akan tetapi sebenarnya boleh aja orang bawa camera ke dalam Masjidil Haram liley tengok.



Habis ajer melawat2 tu masuk bilik terus ajer la tidur kepenatan, oopss sebelum tu dinner, makanan ala-ala Arab la Nasi burkhari gitu, apa ntah lagi tak leh masuk lagi. Tapi dah lapar bedal ajer la. Kuih muih pun banyak , cake and cheese cakenya pun byk. Not bad gak macam Hotel kat Malaysia. I don't ever aspect high like that. Ingat biasa2 ajer. Shukur Alhamdullilah. Esoknya lepas breakfast dah nak ke Jeddah, naik flight dua jam gitu.

Ni kat airport Jeddah, tengah tunggu Bas nak ke Madinah. Perjalanan ke Madinah lebih kurang dalam 3 jam gitu.

Sampai ajer di Madinah, kami di sambut oleh seorang Mutawif dan sepanjang perjalanan Mutawif menceritakan sejarah Madinah dan membaca doa2 tertentu spt doa perjalanan, doa memasuki kota Madinah, Doa melihat rumah2 di madinah dan lain2. Selepas itu kami di galakkan berzikir shj.

nak sambung entry ni jugak ke ..buat entry baru ?

Sampai di Madinah, bas kami lalu di tepi Masjid Nabawi, liley memang menjengguk2 ke luar tingkap bas untuk Melihat Masjid Nabawi, amat teruja sekali kerana berdekatan dengan Masjid yg selama ini liley pandang shj di dinding umah liley. Meremang bulu roma liley bila memandangnya dengan penuh kesyukuran berada terlalu dekat dengannya. Shukur.

Bas kami pun berhenti betul2 depan Hotel kami, Hotel Fayruz. Senarai nama dan kunci pun telah ada, jadi kami ambil kunci dan terus ke bilik. Kami hanya menunggu bag2 kami di luar bilik hotel shj. Begitu senang. Shukur. Allah permudahkan. Liley nasihat tiap2 hari buat solat hajat agar Allah permudahkan segala amalan dan urusan beribadah dan lain2 di sana. InsyaAllah semua akan berjalan lancar. Dan jangan lupa baca bismillahilazi la yadurus ... setiap kali bergerak kemana-mana, walaupun turun sekejap ke lobby. Jangan lupa doakan kesejahteraan rombongan dan jemaah yg datang bersama2 kita, kerana bila sorang darinya problem masalah itu juga akan memberi kesan kepada kita juga dari banyak segi seperti masa dansebagainya.

Incase terjadi juga apa2 di sana, walaupun sudah berdoa dan solat hajat setiap hari, jangan salahkan liley ..her her her .. Allah telah menyusun semuanya mungkin itu yg terbaik buat kita, dan jangan lah salahkan mutawif atau ketua kita yg telah kita pilih dan lantik , kerana mereka manusia juga, ada kesilapannya.

Biasala bila dah sampai ke tempat orang mesti nak roger2 dengan org tersayang kat Malaysia betul tak? Nak bagi tahu "I dah selamat sampai Hotel darling..." . Ha bagaimana? Miss call suruh dia telefon balik, jangan! kerana kos dia kita juga akan tanggung. Bila ada receiving call jangan angkat sebab kita akan tangunggnnya kosnya juga. Liley dah terkena. Liley angkat call, ada orang tanya nak sewa rumah,liley pun layan la sebab dah 3 bulan rumah tu takde orang sewa, banyak rugi wooo ... kalau harga sewa tu RM500 x 3 bulan dan RM1500 tu , dah dapat suku bayaran nak ke tanah Suci tu. Bila habis cakap, tengok2 kredit liley yang banyak tu dah tinggal seciput. Ini pengajaran agar jangan angkat phone call. Awas!

Bagaimana caranya untuk membuat panggilan ke Malaysia. Beli SIM card baru,biasanya bila sampai Airport Madinah tu nanti adalah bangla2 atau indon yang datang untuk menjual SIM card , harga yg mereka tawar kalau 50 riyal isinya ada 30 riyal shj. Kalau dah tak tahan rindu dendam ngan org Malaysia beli ajer la, tp kalau boleh tahan , boleh lagi cari nanti di Madinah yg harga 30 riyal isinya 30 riyal. Tak tahu mana nak cari, tanya mutawif, minta tolong mutawif, harap mendapat mutawif yang spoting. Kalau nak minta tolong liley boleh, tp jauh la liley kat Malaysia.

Lepas tu aktiviti bebas, jangan pulak sampai waktu azan tak pergi Masjid utk bersolat. Penat2 jugak, tp dah sampai sana penat macam mana pun waktu solat mesti pergi bersolat di Masjid, jangan la kerana pahala yang seribu kali ganda shj yg kita ingat, ingatlah masa kita di sana terhad dan solatlah sebanyak yang mungkin di Masjid Nabawi dimana ada Mahkam Rasulullah s.a.w. Nabi besar junjungan kita wahai Umat Muhammad, kelak kau akan kesal menyesal balik ke Malaysia membuang waktu begitu shj.

Ya Allah, SubahanAllah, liley keluar shj Hotel macam masuk dalam oven, panasnya bukan kemain, mencecah 50 darjah celcius. Tetapi sekelip mata shj panas itu tidak di rasai apa bila melihat umat Muhammad yang masing2 entah dan ceruk mana, lubang mana, hotel mana, berjalan kaki semua menuju ke satu tempat iaitu Masjid Nabawi untuk menunaikan kewajipan bersolat berjemaah. Ya Allah, apa yg liley lihat ini lah antara2 taman2 syurga yg berada di Bumi Allah, Ya Allah aku bershukur berada di antara2 mereka. Ya Allah, aku ingin tinggal di sini, Ya Allah ..macam2 yang di kenangkan. Tetapi kita ada tanggungjawab kita di Malaysia yang juga amanah dan ibadat yg perlu di ambil kira.

Bagi perempuan tu kalau berjalan ke Masjid Nabawi , jaga2 la tangan tu masuk dalam telekung, kadang2 orang lelaki nie main langgar ajer ,sajer langgar atau terlanggar tu tak tahu la.. kang batal wudhu' , sabda Nabi sesiapa yang berwudu dari rumahnya dan bersolat di dalam Masjid Nabawi akan mendapat 1000x pahala.

Lagi satu org perempuan kalau nak beli belah jaga tangan tu, org arab ni gatal2 dia sengaja sentuh tangan kita masa time nak bayar tu.

Sampai shj dalam Masjid Nabawi, MasyaAllah, SubahanAllah, cantik , bersih, sejuk dan perasaan yg tidak dapat di gambarkan apabila menjejakan kaki kedalam Masjid Nabawi. Ya Allah aku bershukur padaMu Ya Allah , aku antara insan yang terpilih untuk menjejakkan kakiKu di dalam Masjid yang penuh barakah ini. Apa lagi sujud shukurlah. Sebelum tu tahayatul Masjid dan lain2 solat sunat, jangan la terus buat solat hajat nak mohon murah rezeki, sikit2 nak hajat, solat taubah yang paling penting. Ingatlah datanglah sejam sebelum waktu solat, buatlah solat2 sunat yang banyak dahulu sebelum solat waktu, sebab kebiasaannya selepas solat waktu kita manusia memang terkocoh2 nak balik hotel sebab apa? sebab perut dah lapar ..her her her ... lunch memang after zohor dan dinner after maghrib. So datang la awal. Kalau liley di beri peluang masa yg banyak tempoh hari ..bukan setakat sejam awal datang Masjid .. nak ajer duduk kat Masjid tu 24 hours, tp apa kan daya byk amanah lain yg perlu di buat.

Lagi satu tips, bawa la kasut anda di mana shj. dalam masjid, nak2 kalau kasut tu lawa dan mahal pulak agaknya. Di dalam masjid nanti ada rak kasut di selected tiang2 masjid. Ha letak dalam uncang atau plastik pun boleh then letak kat situ. Rak kasut yg dekat pintu pun ada, tp my cursin letak kat situ 2 kali hilang, jadi bawa la dekat dengan anda. Lagi satu kalau letak kat rak kasut yg dekat ngan pintu, nanti nak balik nak cari dan ambil susah sbb semua org nak ke situ cari kasut, jadi kalau nak senang dan mudah bawa ajer bersama2 letak di tepi nak solat tu. Tapi jgn le buat sepah sampai org lain nak solat tak boleh. Polis tk marah pun bawa kasut bersama2 dlm masjid. Lepas solat zohor tu kami berlima pun baliklah cari kasut yg kami letak kat luar (bukan tempat kasut ... her her her ) lima2 pasang kasut hilang, balik berkaki ayam di simen dan jalan raya yg panas, bayangkanlah. Banyak jugak kasut yg di letak kat tepi tong sampah, nak amik takut tuannya cari , jadi berkaki ayam ajer la. Her her her ... satu pengajaran lps tu kami dah tahu dah.

Aduh dah berat page nie, liley sambung next entry la ...