Monday, December 27, 2010

Doa cinta

Bingkisan Doa.

Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…

Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….

Amin.. Ya Rabbal A’lamin.

Doa ini telah dikongsikan oleh

saudari putri_lilin82 di Forum Tentang Cinta.

Saturday, December 11, 2010

Sanah helwa to me


Selamat hari jadi , Selamat ulang tahun, Selamat hari lahir, Happy birthday or any language or any style i aspect from you that I'm so sick to waiting for.

Pity me, today is my birthday , actually i dah aspect dah this will happen sebab dia kan lembab, atau pun dia memang sengaja not to wish me intentionly. So apa yang nak di hirau kan lagi.

Anyway Thanks All from facebook or else for all wishes, may Allah grant all his Rahmat to all of you.
Apa-apa pun terima kasih jugaklah kat orang2 kat atas tu ..herherher .. apo nak buek wirasakti yg di tunggu2 tk muncul ..

Friday, December 10, 2010

Aduh sakit kepala

Kepala aku pening dari petang semalam sehingga la pagi ni masih tak hilang2. Sewaktu kepala start pening tu, time tu aku tengah tengok tv kebetulan lak rancangan ubat dan doa oleh uztaz sharhan .. hmm sebut nama uztaz sharhan kek blog den ni kang penuh lak kontroversi melanda bagai wabak menyusuk ke dalam blog gue .. ya iya la mesti la gue ngomong gitu ..enggak bisa ..emang nya kenapa .. ooo emangnya baru2 ni uztaz tu kan kontroversi ada seorang membunuh ibunya gara2 membaca buku uztaz sharhan. Arghhh apa ni seolah2 minda aku di kuasai satu kuasa yang kayak bahasanya dari seberang .... istigfar kejap ...

ok dah istigfar tadi den dapek ilham.. hmm actually bukan ilham den tetapi bebeapa amalan dan doa yg bagus di amalkan ketika dalam sakit atau sedih dan sebagainya dari sabda rasulullah.

1- Nabi Islam Muhammad saw bersabda: "Setiap orang Muslim sakit yang membaca doa ini, bila dalam sakitnya (tidak memperoleh kesembuhan dan) meninggal dunia maka akan diberikan pahala orang yang syahid, dan bila mendapatkan kesembuhan dan membaik maka seluruh dosanya diampuni."

"لا إِلهَ إلّا أنتَ سُبْحانَكَ إِنِّى كُنْتُ مِنَ الظّالمينَ"

2- Rasulullah saw bersabda: Apakah kalian ingin aku beritahukan tentang sebuah doa yang setiap kali kalian baca dalam setiap kondisi sedih dan bencana maka kelapangan akan diperoleh? Para sahabat menjawab: Ya, Wahai Rasulallah. Beliau saw bersabda: "(Yaitu) doa nabi Yunus as yang menjadi santapan ikan: "لَا اِلهَ اِلَّا اَنْتَ سُبْحَانَکَ اِنِّی کنْت مِنَ الظّالِمِیْنَ"

Dari kisah Nabi Ayub pula : 

Menurut Ibnu Abbas, Nabi Ayub a.s. terkena penyakit itu selama tujuh tahun, tujuh bulan, tujuh hari, akhirnya Nabi Ayub a.s. mengadu kepada Allah, seperti yang terpapar dalam al-Quran mafhumnya:

"Dan ingatlah kisah Nabi Ayub ketika ia menyeru Tuhannya, "Sesungguhnya saya telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan yang lebih mengasihi daripada segala yang mengasihi.

أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ


"Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya.....(hingga akhir ayat)" (Surah al-Anbiya ayat 83-84)

 

 

Wednesday, December 8, 2010

Kelebihan berlapar

Aku perlukan makanan, aku lapar keluh hatiku setiap waktu. Doktor menasihatkan aku agar makan setiap dua jam. Bayangkan kalau di tempat kerja aku kerja 9 jam sehari dan setiap 2 jam aku perlu makan, jadi berapa jam shj yg tinggal untuk aku bekerja, belum lagi waktu aku nak bersolat di tambah dengan bacaan atau wirid2 selepas solat yg aku perlu buat utk istiqomah. Adakah aku perlu mengikut sahaja kehendak perut ku? Sedangkan aku makan setiap 2 jam pun aku masih merasa sakit terutama apabila tiba waktu subuh. Bagus jugak sakit waktu tu, sebab perut aku mengejutkan aku utk solat subuh. Nie mesti syaitan takut aku terlepas waktu subuh, sebab syaitan takut aku menambahkan lagi amalan-amalan lain spt sedekah dan sebagainya kerana bertaubat akan tertinggal solat subuh tadi. Mungkin jugak, memang setiap hari waktu subuh aku akan sakit perut bangat, macam ada menda bergerak2 dalam perut aku yang tidak terlalu buncit nie ...
Apo ko mengono ngan tajuk ni, aikk dah keluar speakign den.. hehe tadi tu ala-ala nak buek novel kot .. tp mcam tak menjadi lak cerito ekk ... nanti den sambung ...

`Aisyah r.ha berkata: "Tidak pernah keluarga Rasulullah SAW kenyang makan roti gandum tiga hari berturut-turut sejak beliau datang di Madinah sehingga beliau meninggal dunia."

Suatu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu`aim, Khatib, Ibn Asakir dan Ibn al-Najjar daripada Abu Hurairah r.a. dia berkata: "Aku pernah datang kepada Rasulullah SAW ketika dia sedang bersembahyang duduk, maka aku pun bertanya kepadanya: "Ya Rasulullah! Mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk, apakah engkau sakit?" jawab baginda: "Aku lapar, wahai Abu Hurairah!"

Mendengar jawaban Baginda itu aku terus menangis sedih melihatkan keadaan Baginda itu. Baginda merasa kasihan melihat aku menangis, lalu berkata:

"Wahai Abu Hurairah! jangan menangis, kerana beratnya hisab di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya semasa hidup di dunia"

kalau aku boleh memenuhi nafsu perut ku utk setiap 2 jam aku mesti makan dan kalau tidak makan perut aku sakit , dan kenapa tidak aku memenuhi juga santapan ruhani ku setiap 2 jam aku bersujud padaNya, dan kalau tidak ruhani ku sakit .. ya aku mesti lakukan ..tiada yang percuma di dunia ini, Allah tuhanKu yang pemurah boleh memberi rezeki kpd ku jika setiap 2 jam pun, aku mesti membayarNya dan memperbanyakkan amalan dan sujudku padanya, jika tidak aku tidak boleh makan setiap 2 jam ... herherher boleh ke liley discipline kan diri liley gitu? memang semua adalah lillahitaala .. bukan kerana nak makan setiap 2 jam baru nak amal, tp bab disciplin ni juga kena kasi force sket kata nenek den.

later ..

Tuesday, December 7, 2010

BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM

..... BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM .....

Barangsiapa telah mengetahui rahsianya Basmallah,
Barangsiapa telah menguasai kekuatannya Basmallah,
Maka dengan IzinNya jua Dia bisa :
Memasukkan siang kepada malam,
Mengeluarkan malam daripada siang,
Memasukkan Yang Hidup kepada yang mati,
Mengeluarkan yang mati daripada Yang Hidup.....

Ada pun Basmallah itu 19 huruf,
Disebaliknya tersembunyi 21 huruf.
Ada pun yang 19 huruf itu lambang kehidupan,
Disebalik yang 21 huruf itu lambang kematian.
Tetapi didalam kematian itulah sebenarnya ke"HIDUP"an.
The Alien has landed......

Oleh itu carilah dahulu itu kunci "HIDUP",
Maka berpegangah kamu kepada itu "HIDUP",
Dari kerana dalam Basmallah itulah rahsianya "HIDUP",
"HIDUP" yang sentiasa dilindungi oleh "YANG MAHA HIDUP".....

...................Di Akhiri Dengan :
........................ AMIN .....