Wednesday, February 24, 2010

Doa untuk liley

Assalammualaikum,
Liley nak minta tolong sikit kepada muslim dan muslimah yang baca atau terbaca blog ni untuk mendoakan liley.
Doa muslim/muslimah kepada muslim/muslimah makbul buat kata Dato' Dr Hj Fadhilah Kamsah. Doa yang ikhlas juga adalah sedekah. Sedekah merupakan intipati untuk murah rezeki,menyucikan hati/harta yang tak berkat dan juga pahala yang di simpan di Bank Allah di akhirat kelak.
InsyaAllah kepada sesiapa yang mendoakan liley boleh meninggalkan alamat di sini atau boleh email pada liley alamatnya. Sekiranya berhasil, InsyaAllah liley ada saguhati berupa fridge magnet atau sebagainya sebagai ucapan terima kasih.
Bismillahiromanirrahim...
Ya Allah, Ya tuhanku, aku mohon agar permintaan empunya blog ini untuk dinaikkan gaji seperti yang dimintanya di perkenan oleh Bos beliau, CEO , HR serta ahli MEC di tempat beliau bekerja. Amin

Tuesday, February 23, 2010

Lizards

It is not name of anyone but it is an animal, yup animal or whatever group it comes from, I hate it when they make a noise every night. Anyone knows why house lizards make noise at night. Are they talking? Dating? Mating? Playing? Or just saying goodnight?

I could not sleep with noises of theirs. I have told them “can you keep quite...” but then they still kept talking with their language.

If tangkap cicak can make money, I’m the first volunteer to catch all those lizards or sell it to yusri KRU so that he can produce another film the name cicak vs human, ishkk apa aku merepek nie ..

alamak dapat email esok ada meeting ... nak prepare for tomorrow input .. kalau rajin nant le sambung

Monday, February 22, 2010

Rahsia

Ada satu cerita, tapi nie rahsia tau, tk bleh bg tahu org lain, kang malu den di bueknya. Pada satu hari hari sabtu masa tuh, liley pergi office yer la kan pekerja berdedikasi gitu so sabtu pun gi office .. hehe takde la sebenarnya takde benda nak buat kat rumah , tu sebab pergi office, Ye ker? jarang nie kes cangini, eh tp betullah liley memang pergi office tgk kalau ada apa2 benda boleh buat tp sambil tu biasa la surfing, tp dah keje liley nie research memang kena byk surfing ... her her her alasan je tu, tp baca blog je yg banyak, alamak sorry bos, errkk bos mana marah sebab dah baca bismillah 5/6/9 errr ... , tp tu yang kat atas tu nampak, apa nak jawab di sana n di bawah tu nanti. Adoi kang malam solat taubat dan pandai la cover balik . Eh tapi memang betullah liley cover balik ler dengan datang awal office n balik lambat. Bukan nak tunjuk tapi tak nak le orang salah faham, kalau ada blog nie mesti time office curi2 masa utk baca blog or posting nie, memang liley akui time office ada ,yer la kalau dah boring n mengantuk sangat2 tuh pesalah rehat2 sikit baca blog or komen then pandai2 la cover balik, balik lambat atau buat kerja kat rumah, sampai dateline and delivered tu yg penting. Lawak memang lawak lah, tp kena ingat siksa tuhan tidak ketepi, setiap apa yang kita lakukan mesti ada pembalasan walaupun sebesar zarah. Baik di balas baik , jahat di balas jahat. So nak di balas baik banyak ke atau nak di balas jahat banyak. Lu pk la sendiri.

Alamak dah tersasar dari tajuk dan cerita sebenar, ni la akibat kalau tak dapat control, atau ada kuasa lain yang mengkotrol kita dalam badan. jangan biarkan diri anda diselubungi mesteri. Alamak nie semua bukan cerita yang hendak di story moreykan. Ok berbalik pada yang asal tadi cerita datang kerja hari sabtu, jeng jeng jeng bukan cerita hantu, cerita perempuan angau .har har har , datang lah buat keje sikit, baca blog, buat posting, komen2 blog, then balik. Opps belum balik lagi time tgh kat meja tu bos pun datang office gak, so bos nampak, hehehe cam biasa bertambah la point sikit ..ecewah ...bukan tu nak citer, nak citer bila time nak balik, nie rahsia tau.

Ala malu lak nak citer, cam biasa kat floor nie ada dua lift, tp lift yg hujung sikit tu yg boleh access keluar sampai ground. Selalu kalau hari biasa amik lift dekat turun sampai basement, tp hari sabtu basement tutup, so pergi lah ikut lift yang jauh sikit tuh nak turun, bila nak bukak je pintu nak ke lift tuh, terpandang la satu pintu unit lain nie, tak berkunci, ha jeng2 mula lah pikir yang bukan2, eh nak masuklah, eh nak jengguklah , eh ada org kat dalam ker? eh siapa last semalam tk kunci pintu, eh nak ngadu kat bos la nant unit nie tk kunci pintu, semua penyakit2 hati dah datang. Ishkk tak sangka aku ada penyakit2 nie, ke ada anasir jahat yang berada dalam badan aku dan mempengahruhi minda aku. Tahu tak akhirnya berjaya juga penyakit aku nie menguasai aku, mula2 malehlah lantak lah, tp akhirnya aku masuk gak kat unit tuh dengan buat2 tanya "anybody home" .. yer la takut kot2 ada org cam aku datang keje hari sabtu, tengok lampu tk di buka, takde org sahut, sah dorang tk kunci pintu ... bahaya betul diorang ni, dalam tu macam2 benda ada, chip2 harga ratusan ribu then server2 baru, mcm2 lagi lah. Tp bukan itu yang nak cerita, yang nak cerita nie, ehem ehem malu sket nak citer, kang terbaca lak dia blog liley nie, but mcm ada suatu kuasa tak bagi aku stop type sampai habis cerita nie, ceritalah, ada la sorang mamat kat office nie yg liley suka ..adoi ...mati aku .. meja dia betul2 dekat ngan pintu tuh, liley pun amik kesempatan pergi kat meja dia, punya la bersepah, nak tolong kemas kang, hari isnin dia dtg pelik lah dia kang dia tanya hantu mana lak yang kemas mejadia, nasib yg tu bleh control, takde la liley kemas, ada kemeja dia sangkut kat kursi ..ishkk tak kan aku nak amik baju dia ni , gila ke apa, last2 tgk orgnizer dia, jahatnya aku..eh rahsia tau ... wahhh punya la kemas organizer dan tulisan dia tak macam meja dia bersepah. Serius cantik gila tulisan mcm bukan tulisan lelaki. Aku tak caya, nak confirm tu tulisan dia aku tengok le kerta2 yg ada kat meja dia, memang tu tulisan dia. Tetiba aku tersedar yang aku nie dah menceroboh, cctv office tk penting cctv kat atas tu yang penting, last2 cabut keluar terus balik nasib baiklah iman masih teguh.

Wasalam.

Friday, February 19, 2010

Marah

Yer la Marah adalah satu perasaan atau sifat syaitan. Liley bukan nak cerita pasal marah in details but rite now I'm hot. Tengok kalau hormone aku tk stabil dah keluar bahasa omptih nie yang lomah nie. Kalau keluar bahasa orang negeri sembilan ok gak, sodap gak den dongar and baca.

I'm hot plus stress, adoi dio melalak la pulak, adoiii tolongggggggggg ,tahu tak liley paling tak suka ada budak menangis ketika di mana liley tengah kusyuk depan komputer. Entah la dah memang cangitu. Tadi liley cari table cantik punya dekat ngan plug and takde orang especially yang ada anak. Ok dah, dapat port baik punya. Last2 datang satu keluarga ngan anak pinak dia. Dah agak dah nie yang akan buat aku stress nie. Anak dia bising2 sambil tolak trolley dekat2 ngan meja aku , aku pun pandang and mak dia pandang balik so aku pun buat2 ala perangai hipokrit aku tu senyum melebar and buat2 suka kat budak2 tuh. Adoi. Damm it. Aku pun mengucap dalam hati agar marah aku tu reda, yer la kalau nak ikut petua nak hilang marah bertukar tempat , takkan aku nak cari tempat lain ngan plug and pc dah sambung semua. Lecehlah. Korang just imagine la tengah sodap2 korang nonton wayang then ada satu family nie datang noton gak bawak anak pinak yang bising dan lasak, sambil kerusi korang goyang2 di sebabkan oleh budak2 tadi.Tak ke angin. Tu liley pernah alami gak masa tengok wayang. Tension giler time tuh. Nak jer aku bangun and tampar sorang2 budak2 tu termasuk mak bapak dia sekali.
Ha lega pun dah luah kat sini. Tapi liley dok pikir kalaulah liley nanti dah beranak pinak cangitu camna lak ekkk . Adoii.

Monday, February 15, 2010

Waiting is a lonely game

Today is supposedly to be off day but I have some sort of unbalance hormone that makes me working today. Not me but my hormone did it.

So with the crazy day I am going to posting as many as I can. This posting going to quite emotional posting so I hope it is not going to influence other out there 100% to believe it because I just can't control my hormone to stop doing it. ..muahahaha ..


Wah speaking lodon la posting kali nie.


Back to the story, everyone rationally saying that “wait for your true love”. Just follow the flow of your life. It will come to you with least expect. I have been waiting for years now but it has not happened yet. Does it really exist? Somehow I feel very frustrated and on top of that I’am lonely.

Alamak kacau jer la phone nie berbunyi lak dia .. baru nak mengarang cerita best .... ada orang nak tolong betul kan tombol rumah, so nak pergi beli tombol pintu sat, sambung lain kali lah cerita itu pun kalau ada sponsor bye.

Bismillah 5

Di sebabkan hari ini cuti yang sebenornya tp liley kerja, apa kata liley tepek kat sini bismillah 5. Bismillah 5 nie liley dapat pada 19 Mac 2009 dari seorang Dato', ala Dato' F, hehe takde la nama dia Dato' Dr Hj. Mohd Fadzilah Kamsah. No no no bukan melalui rancangan bersama Dato kat oasis tu, tp tuan hj nie (dia suh panggil haji, supaya dia tk tersasar dr landasan, tp jgn panggil bang haji, dia cakap time tuh) datang kat office bagi motivasi kat staff. :)

Ok taknak melalut panjang, nah amik nie bismilah 5.

/*image bismillah 5 soon will tepek here*/

Amalan bismillah tujuh dan lima menjadikan segala jenis bisa racun tawar dan tidak memberi mudarat kalau terminum. Gelas yang mengandungi racun akan pecah sekiranya di pegang oleh pengamal Bismillah tujuh dan bismillah 5. Semuanya ini akan berjaya jika dengan izin Allah s.w.t

Office cuti , aku kerja

Ini adalah kejadian kali ke dua datang office tp office cuti yang sebenarnya... muhaha ... hari ni hari raya cina hari yang kedua, ada ke patut aku datang office and tengok semua org dok cuti. Apa yang ada kat office yang aku suka sangat datang office pun tak tahu. Ada ehem ehem kot .. hehe ... entahlah . Wa pu ci tau. Dulu pernah gak sekali datang office tp hari sabtu, punya lah lawa ngan pakai baju kurung ingat hari jumaat, sekali hari sabtu da.

Adakah ini menunjukkan aku adalah staff yang berdedikasi. Tapi kenapa aku selalu begini. Bukan sahaja selalu salah simpang bila time memandu, tapi juga selalu salah hari nak g kerja. Adakah aku seorang perlupa.
Mungkin ini di sebab aku selalu banyak berangan kot atau hormon aku tak stabil. kalau hormon tak stabil adakah aku harus mengambil pil hormon atau aku harus ..ka ka kawinnnnnnnn . Hehe
Sorry, I could not help myself. My hormones did it. :)

Wednesday, February 10, 2010

Handphone

budusnya handphone ada ke patut nak tgk sms inbox pun boleh hang/restart. Lainlah kalau kita browse nak tgk gambar ke, dgr lagu ke kalau hang tu logic la jugak. Tension tahap gaban nak panggil naruto kasi musnah itu handphone, dah nak maki2 je handphone nie. kalau di biarkan melarat mau dosa maki aku ni seiring ngan amal aku nanti. Maka dengan ini kau tunggu la nyawa kau bersama aku dah tk lama. Liley nak cari phone baru. Phone apa eh yang ok dan terkini sekarang, oh yer liley nak features sama lebih kurang ngan phone sekarang so that liley nak pilih sama ada iPhone atau blackberry. Tp orang kata kalau blackberry kena sunbscribe service dia br bleh guna full features. Betul ker? kalau cangitu terpaksa lah pilih iPhone cangini. So dengan ini liley mengistiharkan phone liley yg liley guna sekarang untuk dijual saper mahu beli. kalau trade in kat kedai mesti dia amik murah giler. So dari bagi kedai/cina ni untung baik liley jual kat sesapa yang berminat nak beli phone liley dengan harga sama yang kedai nak. Ada berani? Berani nak beli phone yang selalu hang nie. Phone nie kalau di reset balik ok kot. Tapi entahlah liley dah sakit jiwa ngan phone nie. Siap package lagi dapat application spt al-quran, waktu azan, dictionary n gambar2 liley ..oppss bahaya tuh.

Tuesday, February 9, 2010

Ayat 15

ayat 3 dari ayat 15


  • Merupakan ilmu pengasih
  • amal 7 x selepas solat fardu
  • Sebutkan nama orang tu 3x
  • Niat apa yang dikehendakki

p/s: Selamat beramal, lepas nie semua org, bos sayang kat hang noo ... bila dah naik gaji ..ingat2 le liley .. ;)

p/s (1) : tgh cari sponsor nak scan ayat 1-15 .. hehe (nak ker?)


Bismillah 6

klik pd ayat utk besar




Makbul segala hajat dan cita-cita.


Luas rezkinya.


Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.


Menang dalam peperangan.


Penerang hati.


Diajuhkan dari segala penyakit.


Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.


Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.


Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.


Aman daripada binatang2 buas.


Air laut menjadi tawar.


Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.


Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.


Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.


Terselamat dari karam dilaut.


Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.


Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.


Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.


Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.


Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.


Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.


Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.


Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas; latakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dah urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar darpi pesakit dan diikuti oleh muntah, insyaallah.


Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa diatas.


AMAL LAH BISMILLAH ENAM INI KERANA IANYA MENJADIKAN SEGALA JENIS RACUN AKAN TAWAR DAN TIDAK MEMBERI MUDHARAT KEPADA PENGAMAL KALAU TERMINUM. GELAS YANG MENGANDUNGI RACUN AKAN PECAH KALAU DIPEGANG OLEH PENGAMAL BISMILLAH ENAM. INSYAALLAH.



Monday, February 8, 2010

Doa Nurun Nubbuwah

klik pada gambar for best view , untuk mengamalkan sila mendapatkan guru pengijazahan. Boleh rujuk di Darul Saka




Ertinya:
"Ya Allah, Zat Yang memiliki kekuasaan yang agung, yang memiliki anugerah yang terdahulu, memiliki wajah yang mulia, menguasai kalimat-kalimat yang sempurna, dan doa-doa yang mustajab, penanggung Hasan dan Husain dari jiwa-jiwa yang haq, dari pandangan mata yang memandang, dari pandangan mata manusia dan jin. Dan sesungguhnya orang-orang kafir benar-benar akan menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, ketika mereka mendengar Al-Quran dan mereka berkata: "Sesungguhnya (Muhammad) benar-benar orang yang gila, dan al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat. Dan yang mengijabahi Luqmanul Hakim, dan Sulaiman telah mewarisi Daud a.s. Allah adalah Zat Yang Maha Pengasih lagi memiliki singgasana yang Mulia, panjangkanlah umurku, sihatlah jasad tubuhku , kabulkan hajatku, perbanyakkanlah harta bendaku dan anakku, cintakanlah semua manusia dan jauhkanlah permusuhan dari anak cucu Nabi Adam a.s., orang-orang yang masih hidup dan semoga tetap ancaman siksa bagi orang-orang kafir. Dan katakanlah : "Yang haq telah datang dan yang batil telah musnah, sesungguhnya perkara yang batil itu pasti musnah". Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan Al-Quran tidak akan menambah kepada orang-orang yang berbuat aniaya melainkan hanya kerugian. Maha Suci Allah Tuhanmu Tuhan Yang Maha Mulia dari sifat-sifat yang di berikan oleh orang-orang kafir. Dan semoga keselamatan bagi para Rasul. Dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam."




Liley mengetahui tentang doa ini dari tok Berlagak dan kaifiat pada blognya.



Friday, February 5, 2010

Someone approached

Hehe ... apa agaknya content dalam tajuk di atas.
Tunggu...

Thursday, February 4, 2010

Internet access

Someone told me that get the neighbour's wifi password in diplomatic way. Tahu2 je aku nak hack wifi jiran aku. Tp tu baru niat aje lah. At the first place there are factors that provoke me not to subscribe this service like below :-


  • Budget
  • Lecehlah nak masuk fixed line lagi
  • Hardly travel here and there
  • Nanti kalau dah ada internet kat rumah leka surfing / browsing until lupa nak beramal
  • My own personal reason .. hehe ni saper nak tahu boleh email me ;)

Tapi tu la boring le takde internet.

eh ingat nak menggarang citer nak kill the time,tp dgr bunyi pintu ketuk ketak, oh jam dah 5.30pm rupanya so nak baliklah, demam nie, esok je la sambung posting nie kalau rajin .. hehe ...

Hari nie (5/2/2010) liley sambung sikit kebaikkan dan keburukkan kita hack wifi wep/wap dan sebagainya ..

apa yang liley tahu kebaikkan dia of cause lah jimat kos,ialah jimatlah,byg kan orang lain dok kena byr Rm66 sebulan 1gb streamyx sebulan kalau setahun dah berapa tuh, then contract lak 3 tahun. Nak taknak kena byr gak kalau dah taknak guna. Kita lak dok access free jer dgn berkata dalam hati (ala aku surfing n baca email jer .... sesuka hati jer )... Then of cause la dari kejimatan Rm66 sebulan tuh konon2 boleh menampung susu anak, pampers anak ... (konon) ...

Tetapi keburukkan dia lebih byk spt di bawah

  • Dosa beb sehari x sebulan x setahun .. saper nak tanggung tuh, apa nant solat taubat ..saper ajar kau ... dushh
  • Maki hamun tuan punya wifi (cilak* saper yang curi wifi aku ..mapuh nko ...) sekali Tuhan Makbulkan doa dia camno tuh, anak bini saper nak jago ...nak2 dia lak yg rajin wat solat hajat ...
  • Lastly kalau tuan punya nie jenis ilmu IT tinggi sket (cam liley) ... dia block IP / MaC address nko. Itu ok lg dia block , tp ada jenis yang hati hitam lekat tuh ... dia dok kauttt semua apa yg nko dok sending or reading, habish semua dia boleh baca...dari nko punya perbualan, kalau ada chat la, nko punya email, nko punya password and ID mayban2u ..haha kalau ada buat transaksi ... hebatkan technology ...

eh nak liley citer kebaikkan dan keburukkan kita bagi jiran2 kita guna wifi kita lak, maksudnya ada jiran kita datang " boleh tk bg password n Id, ala kita dah lama berjiran, i tk guna tuk apa2pun "... ha nak tahu? lain hari je la ... nak cari sponsor gak .... hehe :)

Sekian :)

Tuesday, February 2, 2010

Demam

Kenapa rasa nak demam nie, asyik bersin .. (sambil berkata pergi la kau semua penyakit2 dan jin2), asyik selsema, badan macam kejap panas kejap sejuk. Hidung berair,aduh sungguh tk selesa. Tengok jam di laptop menunjukkan baru 3.21pm maksudnya lambat lagi lah nak balik. Tapi boleh tak balik jer sekarang. Memang dah tak tahan nie, kalau rajin malam kang jer la sambung kerja2 apa2 yg patut.
Kalau ada sesiapa kat luar sana terbaca posting ni, doakan lah liley sihat walafiat yer. Amin
Pergi klinik tadi doktor kasi MC utk esok. Ah cam boring lak dok rumah, tengok le esok kalau larat liley pergi je keje. Bukan ada apa sgt kat opis tu pun ...ecewah kalau bos aku baca nie habih la den.
Syukur ada tempat untuk saya usaha ke arah kesembuhan. Sesungguhnya kesembuhan itu milik Allah swt. jua. Semoga cepat sembuh. Amin

Yasin 7 mubin - kiraan

sila klik pada gambarajah untuk view lebih besar



apa tajuk eh!!

Sekarang jam di laptop 8.19mlm di jayajusco, sajer singgah jj sebab nak beli teman setia ku kemana sahaja iaitu mascara. Mascara ku dah habis le, esok nak pakai apa rasa cam bogel jer tk pakai mascara. Sampai jj td nak dekat jam 6ptg, dah alang2 sampai sini , nak singgah makan, ingat nak makan je, tp dah melekat kat sini sampai buat posting plak. Kasi email kat seseorang punya la panjang, harap2 takde la dia marah dan reply balik as soon as possbile. Malaysia boleh. harap org yg liley bg email tadi berada dalam sihat walafiat, amin. Ha jgn salah sangka dia bukan mat tahir(mata+air) hehe .. dia sifu/adviser/doktor/motivator apa lagi eh.. eh tak bleh sebut sini yg lain tuh. no no no ... bkn apa yg anda fikirkan. tadi dah makan nasi pattaya tp lapar lagi la ... saper yg makan ni, eden ke ada yg lain dok kongsi makan. takpe la kang balik eden nak tapau muffin kenny rogers. Menyusuk hidung den bau dia, tak tahan. Nafsu makan kaut betol tp badan takde la besar mana, sedang2 saja (lagu iwan).