Monday, March 29, 2010

Lelaki lembab

Best tak tajuk, tengah nak mengarang cerita pasal lelaki lembab nie , tetiba liley dapat lak satu email yang nak berbincang tentang sesuatu, so kena la layan sekejap. Kang kalau ada mood liley teruskan dengan tajuk di atas. Ok.

Liley hairan lah kenapa masih ada lelaki lembab zaman sekarang. Dia tahu liley suka kan dia, rasanya lah, akan tetapi kenapa dia terlalu slow motion. Apalah yang di tunggu lagi, umur dah nak meningkat tua, bila dah ada orang suka tu cepat2 lah bertindak, jangan sampai angin bertukar haluan, masa tu payah nak come back balik. Orang dah nak serah diri pun masih terhengeh-hengeh macam takde nafsu. Malu, apa yang nak di malukan , kalau pereampuan yang malu tu betullah, tetapi ini lelaki, bukan perempuan yang hendak masuk meminang tetapi lelaki. Kalau liley lelaki dah lama dah liley gi masuk meminang... hehe . I think with my age, I matured enough to talk about this. Alamak ini yang payah nie kalau emosi dah nak masuk campur terkeluar bahasa bukan bahasa ibunda nie. Al maklumlah unstable hormone, kalau kahwin baik la tu. :)

Kadang-kadang sampai liley macam nak angkat kaki, tetapi liley sudah sayang dan beri hati pada dia. Cuma dia yang terlalu slow. Dah la tak romantic, bagi sms pun cakap kasar-kasar, suruh tidur pun “tido2, good nite” .. tak romantic langsung. Liley selalu menangis kenapa dia macam tu, liley sabar jer, kalau bukan kerana sayang, dah lama liley cari lain. Wahh … dah la sms tak romantic , sms pun sebulan dua tiga kali jer, itu pun kalau liley yang bagi sms baru le dia balas. Malangnya nasib liley, kenapa nasib liley mcm nie, type nie pun cam nak nangis.

Liley mengaku memang liley suka kat dia, he is genuinely the best guy I have ever been relationship – sweet, cool, family oriented, tak tinggal solat, tidak suka mengayat perempuan, pemalu dan cute. Dia nampak manja dan nampak seperti suka orang manjakan dia, that’s the best part sebab liley memang suka manjakan orang. Liley marked dia sebagai “baby boy” indahnya hidup kalau dapat hug “baby boy ” nie.

Sungguh pun dia begitu, liley nampak dia seperti tidak mahu menunjukkan dia “baby boy” dia tu, nak buat macho konon, nak tunjuk yang dia tu garang la konon, nak tunjuk yang dia tu independent.

Ajaklah liley keluar gi makan ke apa ke, nie takde. Kalau malu nak ajak, liley pernah ajak dia keluar makan, dia cakap apa.. tunggu ….. liley ingat dia punya tunggu tu sekejap la seminggu dua.. tunggu punya tunggu … sekarang dah nak masuk 9 bulan , kalau orang mengadung dah nak beranak dah …. Nak kata dia takde hati kat liley, tetapi sekali sekala dia masih sms liley …. (ni la dia orang perasan..)

Why he take this things too slow, masa berjalan, umur semakin meningkat, orang lain semua dah beranak pinak, kalau sesuatu tu indah untuk kita, biasanya kita tidak sabar untuk dapatkannya, kenapa dia tidak?

Apa yang patut liley lakukan.

Thursday, March 11, 2010

Selawat Fatih

Salam,


Disini liley nak menepek selawat fatih, selawat fatih nie liley google jer, sebabnya kat blog Tok belagak ada nyatakan kaifiatnya tetapi ayatnya tiada. Jadi sekarang jam 7.10 ptg sementara tunggu email dari Tok Belagak yang tak muncul2 dan sementara menunggu waktu magrib, liley pun tanyalah kat Mr. google, ada banyak version, tapi sama ajer bezanya tulisannya besar atau kecil dan ada terjemahan dengan tiada. Disini liley letak yang besar sikit lah so senang nak baca.

InsyaAllah kalau selawat fatih ini sudah ada yang original dan di scan akan di letakan yang baru.


Minta izin dan kredit kepada tuan punya ayat nie dari url http://qudrah.wordpress.com/

Saturday, March 6, 2010

Polis

Dulu bila liley terjumpa polis mesti ada rasa takut atau berdebar-debar, nape ekk , nampak sangat ada buat kesalahan lah tu .. hehe a ah memang betul dulu selalu je jd pemandu haram kat jalanraya, roadtax mati lah, lesen mati lah, masuk jalan no entrylah, memotong double line dan bermacam-macam lagi. But time goes by liley semakin improve, cewah,betullah,selalu ikut peraturan. Kalau kita tak didik diri kita untuk megikut peraturan saper lg yang nak didik. Peraturan tu semua adalah kebaikan kat kita jugak. Ye tak. Sama juga dengan peraturan Allah, tak boleh makan itu ini haram, kena wajib buat itu dan ini, semua sudah di tetapkan dan ada peraturannya tersendiri. Peraturan di cipta kepada manusia kerana kebaikkan pada manusia itu sendiri. So rajin2 la didik diri anda untuk mengikut peraturan tk kiralah peraturan tu peraturan sokolah ke, negara ke dan agama. Semuanya ada pentingnya. Apa tak nak ikut peraturan negara, anda silap , kenapa ? ok ambil contoh, anda memotong queue untuk lepas traffic light, selamba jer orang lain penat beratur , n then anda datang selamba memotong. Orang yang dah lama beratur tu berbulu je sambil mengutuk "kurang ajaq, mampus nko kena langgar .. bab*", kalau tiap2 hari anda buat, dan setiap hari la org kutuk hang , cukup 44 kali secukup rasa, betul2 kutukan tu terjadi kat hang. Itu sebablah kadang2 apa2 serba serbi kita buat kadang2 tak menjadi, doa tak makbul, mungkin dari kesalahan kecil yg kita lakukan tadi tu setiap hari. ... nyaya jer. Tu sebab kita kena didik diri kita mengikut peraturan,disiplin dan taqwa. Itu baru kutukan manusia belum kutukan tuhan. Jadi beringat-ingat lah.

Oh ya tadi sebenarnya pasal polis tu nak cerita pasal tadi masa nak g breakfast kat satu restaurant ni, ternampak 3 orang polis tengah makan kat restaurant ni, terus liley park kat betul2 depan kedai tu n betul2 depan meja polis tengah makan tu tanpa rasa takut lagi malah memang sengaja parking depan polis tu jadi tak perlula liley nak jinjing laptop nie ke dalam kedai tu, tinggal ajer kat dalam keta, polis kan ada, so takde la risau org nak pecah keta ke apa. Aman dan tenang jer hati. ha gitu la kalau kita dah takde buat apa2 kesalahan, kita tk perlu takut lagiiiiiiiiiii ... cuma sekarang ni tgh berlajar nak berani tengok benda halusss lakkk ...arghhhh