Wednesday, July 20, 2011

Giveaway contest

Cer Teka ... Berapa jumlah keseluruhan duit shiling ini


Klik gambar di bawah untuk join


Jawapan saya : RM3.25

Sunday, March 27, 2011

Keajaiban Nombor 19 Di Dalam Al-Quran


  1. Al-Quran, kitab yg diperturunkan kpd junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W merupakan keajaiban Allah S.W.T yg terbesar dan terpenting utk umat Islam. Walau kurun berganti kurun, zaman berganti zaman Al-Quran masih sesuai digunakan sbg panduan dan rujukan utk kehidupan semasa kerana isi kandunganya yg begitu lengkap merangkumi plbg bidang seperti sosial, ekonomi, undang-undang, sejarah dan sains. Yang lebih mengagumkan ialah pd tahun 1974 satu kod matematik telah dijumpai tersirat di antara ayat-ayat sucinya. Penemuan Oleh Dr Rashid Khalifa. Dr. Rashid Khalifa (1935-1990), lahir di Egypt dan merupakan seorang doktor dgn Phd dlm bidang kimia. Bapanya seorang pemimpin dari sebuah kumpulan sufi yg mempunyai ribuan pengikut. Dgn mengunakan teknologi komputer, Dr. Rashid tlh memasukan isi kandungan Al-Quran ke dalam komputer untuk mencari makna atau kemungkinan yg tersirat di belakang ayat-ayat Al-Quran ini. Hasilnya pd tahun1974 dia telah menjumpai satu corak matematik yg seolah-olah mengawal dan melindungi kesahihan ayat-ayat Al-Quran dgn nombor-nombor yg berkitar pd nombor 19. Fakta Ringkas Kod Yang Ditemui Penemuan Dr. Rashid merangkumi dari fakta kod yg paling nyata dan ringkas hinggalah kpd yg lebih kompleks.


Antaranya yg ringkas ialah:




  1. Ayat pertama (1:1), 'Bismillah', terdiri drp 19 perkataan.


  2. Jumlah surah dlm Al-Quran ialah 114 = 19 x 6 .


  3. Jumlah ayat dlm Al-Quran ialah 6346 = 19 x 334.(6234 ayat bernombor dan 112 ayat tidak (Bismillah) 6234+112= 6346) Perhatikan bahawa 6+3+4+6=19.


  4. Bismillah muncul 114 kali, walaupun hilang dari surah 9 (ia muncul semula sebanyak 2 kali dlm surah 27).114=19x6


  5. Dari Bismillah yg hilang pd surah 9 hingga ke bismillah ekstra pada surah 27, dgn tepatnya terdapat….19 surah.


  6. Surah 96, pertama dlm susunan kronologi terdiri drp 19 ayat.


  7. Surah terakhir (surah 110) terdiri drp 19 perkataan.


  8. Perkataan Allah yg muncul dlm Al-Quran ialah 2698=19x142.


  9. Perkataan Al-Rahman yg muncul dlm Al-Quran ialah 57=19x3.


  10. Perkataan Al-Rahim yg muncul dlm Al-quran ialah 114=19x6.


  11. Jumlah perkataan Quran yg disebut ialah 57=19x3.


  12. Ayat pertama dlm surah terakhir itu terdiri dari 19 huruf.


  13. Jumlah perkataan Esa yg muncul dlm Al-Quran juga 19.

Kenapa Nombor 19? Sebenarnya beberapa kitab asal lain yg diturunkan Allah S.W.T kpd umatnya juga didapati telah dikodkan dgn huruf 19. Kejadian alam juga turut menunjukkan nombor ini. Antaranya matahari, bulan dan bumi berada selari setiap 19 thn, komet Halley melalui sistem solar kita setiap 76 thn=19x4, secara tepat tempoh mengandung ialah 266(19x14) hari atau 38 minggu (19x2). Nombor 19 seolah-olah tanda tangan Allah terhadap ciptaannya. 19 mempunyai nilai matematik yg unik kerana ia adalah no. ganjil dan merupakan gabungan no. pertama(1)dan terakhir (9) yg seolah-olah mengiakan firman Allah s.w.t dlm surah 57 ayat 3 yg bermaksud "Dialah Yang Awal dan Yang Akhir…". Penemuan kod ini pd Jan,1974(1393 thn Hijrah) bermakna bil. tahun Islam dari turunnya (13 thn sblm hijrah) hingga ke penemuan keajaiban matematik ini (1974)bersamaan dgn 1393+13=1406 thn. Perhatikan juga 1406=19x74. No.19 juga hanya disebut di dlm Quran dlm surah 74. Hubung kait antara 19x74 thn Islam dan 1974 thn solar juga tidak harus diendahkan terutamanya bila no.19 hanya disebut dlm surah 74! Tentunya tidak mungkin ini semua satu kebetulan….. sesungguhnya Allah itu Maha Besar lagi Maha Berkuasa.



No 19 juga adalah nombor yang hanya boleh di bahagikan dengan dirinya sendiri.



kajian seterusnya .... bersambung post seterusnya ..

Thursday, March 24, 2011

Ikhlas

Extra point is when you do it for other people and 'ihklas' is you keep for your self. [Liley, Mac 2011]
Ikhlas itu ibarat semut hitam di atas batu hitam berjalan pd malam yang gelap.

Monday, March 21, 2011

What you give, you get back.

WHAT YOU GIVE, YOU GET BACK [LILEY, MAC2011]
Allah berfirman:-
إِنْ أَحْسَنتُمْ أَحْسَنتُمْ لِأَنفُسِكُمْ ۖ وَإِنْ أَسَأْتُمْ فَلَهَا ۚ فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ الْآخِرَةِ لِيَسُوءُوا وُجُوهَكُمْ وَلِيَدْخُلُوا الْمَسْجِدَ كَمَا دَخَلُوهُ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَلِيُتَبِّرُوا مَا عَلَوْا تَتْبِيرًا
17:7 In ahsantum ahsantum lianfusikum wain asatum falaha faitha jaa waAAdu alakhirati liyasoooo wujoohakum waliyadkhuloo almasjida kama dakhaloohu awwala marratin waliyutabbiroo ma AAalaw tatbeeran

17:7 If ye did well, ye did well for yourselves; if ye did evil, (ye did it) against yourselves. So when the second of the warnings came to pass, (We permitted your enemies) to disfigure your faces, and to enter your Temple as they had entered it before, and to visit with destruction all that fell into their power.

Jika kamu berbuat baik (berarti ) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri, dan apabila datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang kedua, (kami datangkan orang – orang lain) untuk menyuramkan muka–muka kamu dan mereka masuk kedalam masjid, sebagaimana musuh – musuhmu memasukinya pada kali pertama dan untuk membinasakan sehabis–habisnya apa saja yang mereka kuasai.

Monday, January 3, 2011

Cerita Seorang Abid Dengan Iblis

Contoh lainnya tentang amal yang tidak ikhlas, yang berdasar ria, dihuraikan oleh Imam Ghazali dalam kitabnya “Ihya’ ‘Ulumuddin” satu cerita yang terjadi di zaman Bani Israil. Walaupun cerita itu mungkin lebih banyak bersifat fiktif, tapi daripadanya dapat diambil ‘itibar tentang pengaruh ikhlas dan/atau ria dalam sesuatu pekerjaan. Cerita itu kita ringkaskan sebagai berikut:

Adapun Abid (ahli ibadah) adalah seorang yang amat tekun beribadah. Sebahagian besar hidupnya dipergunakannya untuk berbakti kepada Tuhan.

Pada suatu hari dilaporkan orang kepadanya, bahawa orang-orang sekampungnya menyembah sepohon kayu besar. Rakyat datang berduyun-duyun ke tempat itu untuk menyembah pohon tersebut.

Dengan marah yang meluap-luap, Abid itu bertekad akan pergi ke tempat tersebut dengan maksud memotong pohon kayu yang dijadikan “keramat” itu. Di tengah jalan, Abid bertemu dengan iblis yang menjelma dalam bentuk seorang laki-laki tua.

Iblis bertanya kepada Abid: “Hendak ke manakah engkau membawa kapak itu?” “Saya hendak pergi ke sana ” sahut Abid sambil menunjuk tempat yang akan ditujunya itu. “Di sana ada sepohon kayu besar yang disembah oleh orang-orang di kampung itu. Saya bermaksud menebang pohon kayu itu. “

“Untuk apakah engKau bersusah-payah menebang pohon itu, sampai-sampai engkau meninggalkan amalanmu yang tekun beribadat kepada Tuhan” sahut iblis.

Abid itu tidak menghiraukan nasihat iblis tersebut. la meneruskan perjalanannya dengan tekad yang bulat dan ikhlas untuk menebang pohon kayu besar yang menyesatkan manusia itu.

Kerana iblis berusaha juga mencegahnya, maka akhirnya terjadilah perkelahian Abid dengan iblis. Dalam pergumulan itu, Abid membanting iblis sehingga terpelanting jatuh ke tanah. Iblis kalah dalam perkelahian tersebut.

Kemudian iblis memujuk Abid itu dengan mengatakan, bahawa ia akan menunjukkan kepada Abid tersebut satu pekerjaan yang lebih bermenfaat dan menguntungkan. Iblis berkata:

“Tuhan tidak mewajibkan kepadamu untuk menebang kayu itu dan tidak pula diwajibkan kepadamu untuk mencegah orang lain menyembah pohon. Hal itu adalah kewajipan dan tugas para Nabi dan Rasul, sedang engkau tidak masuk golongan itu.”

Meskipun demikian, Abid tersebut tetap bertekad meneruskan perjalanannya untuk menebang pohon kayu itu. Kerana keduanya sama-sama keras, maka akhimya terjadilah lagi perkelahian antara Abid dengan iblis. Dalam perkelahian babak kedua ini, iblis tetap di pihak yang kalah.

Iblis kemudian memujuk Abid dengan rayuan-rayuan: “Sekarang, saya akan berikan kepadamu keuntungan yang terus-menerus. Engkau adalah seorang yang miskin, tidak berharta, sebab setiap hari waktumu senantiasa habis untuk beribadah, sehingga tidak ada kesempatan untuk mencari wang. Oleh sebab itu, saya berikan kepadamu dua dinar tiap-tiap hari. Satu dinar boleh engkau pergunakan untuk keperluan nafkahmu sendiri; satu dinar lagi boleh engkau sedekahkan untuk kaum fakir-miskin dan melarat. Tiap-tiap pagi, wang yang dua dinar itu akan saya letakkan di bawah bantalmu.”

Rupanya tipu-daya iblis itu dapat mempengaruhi Abid tersebut. Dikerumuninya niatnya yang tadinya ikhlas untuk menebang pohon kayu itu. Di hadapan matanya sudah terbayang dua dinar yang akan diterimanya tiap-tiap pagi. Dia beredar pulang kembali ke tempatnya untuk menjalankan ibadat seperti biasa.

Pada hari yang pertama, di bawah bantalnya ditemuinya dua dinar .Hari yang kedua demikian pula. la sudah merasa lega sebab dapat memperoleh wang tanpa mengeluarkan peluh.

Pada hari yang ketiga, diperiksanya kembali di bawah bantalnya. Tapi, ia merasa kecewa, sebab wang yang dua dinar itu tidak ditemuinya lagi, seperti yang sudah dijanjikan oleh iblis.

Dengan perasaan jangkal dan marah, Abid tersebut berangkat kembali dengan tujuan untuk menebang pohon kayu yang sudah dipasangkan menjadi niat pertama kali. Dia marah kepada iblis yang tidak memenuhi janjinya itu.

Di tengah jalan, ia bertemu kembali dengan iblis, yang juga menjelma sebagai seorang laki-laki tua seperti pada bentuk yang pertama kali. Terjadilah pertengkaran mulut antara keduanya, yang diakhiri dengan perkeiahian yang serupa. Berbeza dengan perkelahian pada babak pertama, dalam perkelahian ini Abid terpelanting dan mengalami kekalahan. Kerana Abid tersebut sudah berada di pihak yang kalah, akhimya iblis mengancam: “Kalau engkau akan meneruskan juga niatmu , menebang pohon kayu itu, maka akan saya habisi jiwamu pada saat ini juga. “

Dalam pembicaraan-pembicaraan selanjutnya, timbullah dialog antara keduanya. Abid bertanya.kepada iblis:

“Kenapakah ketika terjadi perkelahian yang pertama , dan kedua engkau dapat saya kalahkah; sedangkan pada perkelahian yang ketiga ini engkau berada di pihak yang menang?”

Iblis menjawab: “Tidak hairan apabila pada perkelahian kita yang pertama dan kedua itu, engkau berada di pihak yang menang. Sebab waktu itu niatmu untuk menebang pohon kayu itu didasarkan kepada keikhlasan, yaitu supaya orang banyak jangan tersesat menyembah pohon.

Adapun dalam perkelahian yang ketiga engkau kalah, niatmu untuk pergi menebang pohon itu kembali bukan didasarkan kepada keikhlasan, tapi ialah kerana kepentingan hawa-nafsumu. Sebab motifnya pada saat itu ialah kerana engkau tidak menemui wang dua dinar setiap hari yang saya janjikan itu. Kerana niat yang tidak suci itulah maka engkau tak dapat mengalahkan saya “

Sekali lagi, walaupun cerita di atas ini tldak disebutkan sumber Hadisnya oleh Imam Ghazali, tapi jalan ceritanya mengandungi pelajaran yang berkesan.

Monday, December 27, 2010

Doa cinta

Bingkisan Doa.

Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….

Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…

Dan ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…

Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….

Amin.. Ya Rabbal A’lamin.

Doa ini telah dikongsikan oleh

saudari putri_lilin82 di Forum Tentang Cinta.

Saturday, December 11, 2010

Sanah helwa to me


Selamat hari jadi , Selamat ulang tahun, Selamat hari lahir, Happy birthday or any language or any style i aspect from you that I'm so sick to waiting for.

Pity me, today is my birthday , actually i dah aspect dah this will happen sebab dia kan lembab, atau pun dia memang sengaja not to wish me intentionly. So apa yang nak di hirau kan lagi.

Anyway Thanks All from facebook or else for all wishes, may Allah grant all his Rahmat to all of you.
Apa-apa pun terima kasih jugaklah kat orang2 kat atas tu ..herherher .. apo nak buek wirasakti yg di tunggu2 tk muncul ..