Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Thursday, March 24, 2011

Ikhlas

Extra point is when you do it for other people and 'ihklas' is you keep for your self. [Liley, Mac 2011]
Ikhlas itu ibarat semut hitam di atas batu hitam berjalan pd malam yang gelap.

Saturday, September 25, 2010

Tips untuk mendapat jodoh


Assalamualaikum, alhamdullilah di sini liley nak tips, bukan tips memasak, bukan tips mengorat tetapi tips untuk mendapat jodoh. Wah diri sendiri pun belum dapat jodoh nak bagi tips, pirahhh .. tak kisah la apa yang hang nak cakap, tp tips ni liley baru aje dapat dari website lain dan nampak berguna jd bak kata facebook .. share .. so disini liley nak share la sedikit mari kita sama manfaatnya. Ya Allah hamba bermohon makbulkan doa org yg membaca ini.
Berikut ini disenaraikan beberapa tips yang dapat anda amalkan dalam proses mencari jodoh terbaik anda. Pilihlah mana-mana amalan yang anda suka untuk diamalkan atau anda juga boleh lakukan kesemuanya sekali sekiranya mampu.

1. Membaca surah Yaasin setiap malam sebab dalam satu hadist nabi bahawa surah Yaasin ada 10 keberkatan, satu darinya ialah sesiapa yang masih belum berjodoh maka akan diberi jodoh. Baca kalau boleh setiap malam, atau kerap, dan niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh dan berikan yang baik dan beriman. Insyaallah mustajab.


2. Membaca surah Fatihah berulang-ulang kali, niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh. Juga terdapat dalam sebuah hadist, yang mana surah fatihah ada beberapa keberkatan antaranya diberi jodoh, baca berulang-ulang contoh 1x atau 3, 5, 7 atau seberapa yang anda suka dan niatkan supaya Allah swt berikan jodoh yang baik dan soleh.


3. Melakukan sembahyang hajat selama 3 hari berturut-turut dengan penuh kusyuk dan pengharapan, dan lakukan juga amalan-amalan lain yang baik-baik, contoh sedekah, zikir, ziarah org sakit, yang penting hati sentiasa bergantung harap kepada Allah sahaja, jangan harap dari selain Allah, berdoa dengan sungguh-sungguh, dengan nada suara yang lembut dan merendah diri. Adukan problem anda kepada Allah swt, jika seseorang merahsiakan problemnya kepada manusia, kemudian mengadu hanya kepada Allah, maka Allah swt akan bantu dia, jika dia mengeluh kepada manusia maka Allah swt tidak akan bantu dalam masalah tersebut.


4. Berdoa disetiap selepas sembahyang 5 waktu, dengan berdoa untuk minta jodoh sahaja selama 20 minit-30 minit. Berdoa dengan mata separuh pejam. Insyaallah


5. Bangun tengah malam sembahyang tahajjud, kemudian solat taubat 2 rakaat, kemudian sembahyang hajat beberapa rakaat yang anda mampu. Lagi banyak lagi baik. Kemudian berdoa dengan kusyu’, insyaallah.


6. Solat hajat 2 rakaat –> Doa, 2 rakaat lagi –>Doa, 2 rakaat lagi –>Doa, sehingga datang rasa benar-benar yakin yang Allah swt telah makbulkan. Kalau masih tak yakin usahakan pada malam berikutnya sehigga datang keyakinan. Bila anda telah benar-benar yakin bahawa doa anda telah makbul, insyaallah, tunggu ajalah orangnya.(Tawakkal


 


7. Betulkan niat, nak kahwin kerana Allah,untuk selamatkan diri samada dari maksiat, ingin mendapat zuriat, untuk memudahkan menjalankan perintah Allah. Sabda nabi SAW, Allah menjamin untuk menolong 3 golongan:
1. Seseorang yang berjihad dijalannya
2. Seseorang yang berhutang dan berniat untuk membayarnya
3. Seseorang yang mahu kahwin untuk selamatkan agamanya

8. Berdoa dengan kusyuk diwaktu tertentu yang mustajab atau ditempat-tempat tertentu yang mustajab. Contoh: Diantara azan dan Iqamah, waktu hujan, waktu jam 3-5pagi (tahajjud), dalam masjid, berdoa dengan disertakan ismulazam, sesudah solat 5 waktu, sesudah solat asar sehingga terbenam matahari pada hari Jumaat. dalam keadaan suci, badan, pakaian dan tempat, mengadap kiblat, suara antara kedengaran dengan tidak, meminta seperti seorang fakir yang sangat mengharap dan dalam kelaparan.


9. Berdoa dengan dimulai pembuka doa dan selawat, kemudian penutup doa dan selawat.Contoh paling simple;
Pembuka:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.
Kemudian bacalah apa2 saja doa samaada dalam bahasa Arab atau bahasa Melayu atau apa2 saja bahasa yang anda mahir…
Penutup:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.


10. Berdoa dengan mengunakan doa-doa dari ajaran Rasulullah atau dari Al-Quran adalah doa terbaik dan paling berkat, jika tak pandai doa ajalah dalam bahasa sendiri, Allah swt maha memahami.


12. Selama beramal, jangan makan makanan, pakaian, tempat atau apa sahaja yang haram, subhat, kotor, makruh, makan makanan yang bersih, halal dan suci.


Insyaalllah jika anda amalkan tips-tips diatas dengan hati yang bersih dan ikhlas, apa sahaja permohonan, hajat, permintaan anda akan dimakbulkan oleh Allah, yakinlah. Kalau tak yakin cuba dulu, dan lihat sendiri. Jangan minta perkara-perkara yang karut-karut atau perkara mustahil, mintalah perkara-perkara yang baik sahaja. Allah swt maha kaya, dia mempunyai khazanah yang tidak ada kesudahan dan tak pernah berkurang, dia maha pangasih dan maha pemurah pula, dia suka memberi, dia suka manusia meminta dan berharap kepadanya, manusia sahaja yang kebanyakan tidak bijak kerana tidak mahu meminta dari Tuhan yang amat kaya dan pemurah. Meminta kepada sesama manusia adalah ibarat Seorang pengemis yang mengemis kepada pengemis yang lain.


Semoga Allah swt memberi anda jodoh yang terbaik.
Selamat berusaha


Friday, January 29, 2010

Motivasi

Macam mana nak bagi motivasi kalau kita sendiri tak motivasi (itu pun ada org nak dgr motivasi aku). Memang di akui liley sendiri tak bermotivasi baru2 ini dengan bermacam-macam masalah. Dengan elaun kena potong byk tu kurang RM200 sebulan tuh, baju kurung berpasang2 bleh beli sebulan (ingat rezeki di tangan Allah) , dengan masalah sakit itu n ini, berubat sana sini, tambah2 lak org tersayang (yg ni bertepuk sebelah tangan jo ..) tak tanyo khabo berito ,sihat ke tak, dah makan ke blom ... mimpi di sian hari ler jawabnyo.
Bukak balik media player Tuan Hj Dato Fadhilah Kamsah ckp, nak serunuk sertiap hari bangun pagi2 baca doa dan senyum 10 saat. Semua segala hormon endorfin entah apa fin lagi keluar. Badan jadi sihat n kita happy. Dah lupa ni so esok pagi kena practice balik.
Hari tu jumpa Ashraf muslim, aduh I fall in love again. Huh nak ke Ashraf tu kat aku? Aduh berangan lagi. Samaada Allah makbulkan doa aku dengan Ashraf Alhamdulillah, kalau Allah lambat makbulkan pun Alhamdulillah , kalau Allah tak makbulkan pun lagi Alahamdulillah sebab Dia akan bagi jugak kat aku nant , nant kat dalam syurga ...muhaha :)
Barang siapa yg solat subuh selama 40 hari berturut2 akan kekal sehingga mati solat subuhnya kata Tuan hj fadhilah kamsah.
Oh balik pada motivasi tadi camno nak motivasikan diri dgn lain kato nak gombirokan diri setiap hari, baca lah blog Tok berlagak dengan pra sangka baik dan positif thinking insyaAllah gembira ... muhaha :), hehe terpulanglah ini cadangan jerr, 2/3 hari nie dok baca blog dia , gembira gak rasa sebab bahasanya yg bersahaja dan lawak.
Adoi camno nak motivasikan diri nie. Buek bondo yang kita nakk, jadi kuat, kita boleh dapat apo jer yg kita nak dengan apo yg kita pikirkan. Ye ke, abih napo asyik pk ashraf tak dapat pung .. :(