Apo ko mengono ngan tajuk ni, aikk dah keluar speakign den.. hehe tadi tu ala-ala nak buek novel kot .. tp mcam tak menjadi lak cerito ekk ... nanti den sambung ...
`Aisyah r.ha berkata: "Tidak pernah keluarga Rasulullah SAW kenyang makan roti gandum tiga hari berturut-turut sejak beliau datang di Madinah sehingga beliau meninggal dunia."
Suatu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu`aim, Khatib, Ibn Asakir dan Ibn al-Najjar daripada Abu Hurairah r.a. dia berkata: "Aku pernah datang kepada Rasulullah SAW ketika dia sedang bersembahyang duduk, maka aku pun bertanya kepadanya: "Ya Rasulullah! Mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk, apakah engkau sakit?" jawab baginda: "Aku lapar, wahai Abu Hurairah!"
Mendengar jawaban Baginda itu aku terus menangis sedih melihatkan keadaan Baginda itu. Baginda merasa kasihan melihat aku menangis, lalu berkata:
"Wahai Abu Hurairah! jangan menangis, kerana beratnya hisab di hari kiamat tidak akan menimpa orang yang hidupnya lapar di dunia jika dia menjaga dirinya semasa hidup di dunia"
kalau aku boleh memenuhi nafsu perut ku utk setiap 2 jam aku mesti makan dan kalau tidak makan perut aku sakit , dan kenapa tidak aku memenuhi juga santapan ruhani ku setiap 2 jam aku bersujud padaNya, dan kalau tidak ruhani ku sakit .. ya aku mesti lakukan ..tiada yang percuma di dunia ini, Allah tuhanKu yang pemurah boleh memberi rezeki kpd ku jika setiap 2 jam pun, aku mesti membayarNya dan memperbanyakkan amalan dan sujudku padanya, jika tidak aku tidak boleh makan setiap 2 jam ... herherher boleh ke liley discipline kan diri liley gitu? memang semua adalah lillahitaala .. bukan kerana nak makan setiap 2 jam baru nak amal, tp bab disciplin ni juga kena kasi force sket kata nenek den.
later ..
No comments:
Post a Comment