Monday, August 30, 2010

Umrah Jun- July 2010 part 5

Salam hari ini 31 August 2010 hari kemerdekaan Malaysia, namun apakah aktivitiku pada hari ini? TV? entahla sejak2 nie aku makin malas menonton tv kerana aku rasa menonton tv itu akan membuang masa yang banyak, aku pernah terfikir kalau aku hidup tanpa tv apa akan terjadi? boring? banyak masa boleh di gunakan untuk hal2 lain. Ya betul tu, aku dapat rasakan TV la yang telah banyak mencuri masa ku, namun pun begitu aku tidak boleh tidak tengok geng surau di Ramadhan ini. Allah berfirman:

"Demi masa ! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal saleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran".

  1. وَالْعَصْرِ Demi masa.
  2. إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
  3. إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
Renungkan la dalam banyak2 masa kita adakah sepruh darinya kita peruntukan untuk akhirat atau semuanya duniawi semata2. Sekiranya kita mencari dunia, dunia yang datang pada kita, kalau kita cari akhirat, akhirat yang datang pada kita. Jadi apakah yang anda cari? Dunia yang hidupnya cuma sebentar tempat persinggahan atau akhirat yang kekal abadi. Tetapi percayalah jika anda mencari akhirat, bukan akhirat shj yg datang kpd kita tetapi ,dunia sendiri datang tanpa di jemput. Berserah dan bertawakal pada Allah.

Ok sebenarnya hari ni nak sambung citer semasa berada di Madinah, kami di bawa ke satu tempat yang dinama Medan Magnet, hmm .. bukan medan di Indonesia, walaupun mutawif kami ni berasal dari Medan Indonesia. Mesti anda tertanya apa Medan Magnet? ada magnet ke,dan apa yang best sgt sampai nak cerita kat sini sebagai salah satu tempat yg dikunjungi.
Ha, Medan magnet tu ada satu tempat yang lapang di mana ada kuasa seperti kuasa magnet disitu. Menggagumkan. Bila bas kami sampai ke medan ni, dan keadaan jalan tu sedikit condong maka baskami pun condong sedikit spt menurun bukit dalam 10 darjah, baskami di biarkan dalam keadaan free gear, kemudian tetiba bas kami berjalan sendiri ke belakang tanpa menekan minyak, ajaib spt ada sesuatu yg menolak dan menarik bas itu ke belakang, kalau ikut logik sudah pasti bas akan menurun sebab permukaannya sptmenurun tetapi ini tidak bas tersebut terus tertolak kebalakang. SubahanAllah. Allahu Akhbar!
Kemdian bas kami berpatah balik dan bas tersebut boleh begerak sehingga 120km/jam tanpa menekan minyak. Medan ii masih baru lagi ditemui dan di katakan orang yang menemuinya adalah orang Indonesia yang bersiar2 disitu dan mendapati kereta yang mereka naiki bergerak sendiri semasa mereka berhenti. Maka arab telah membina jalan raya ke medan ini dan masih dalam kajian apa sebab musababnya kenderaan boleh bergerak dengan sindiri. Wallahualam.
Jemaah kami bergambar beramai2 di suatu sudut Medan Magnet. Liley kat tengah2 tu sebelah mutawif tercinta.

No comments:

Post a Comment