Jika ada orang yang boleh baca fikiran liley dan tolong liley tuliskan di sini, alangkah bagusnya .. liley sangat2 tidak mahu those moment berada di Madinah dan Mekah hilang, tetapi terlalu malas untuk di coretkan di sini. Adakah ini dugaan.
Malam ni liley tak dapat tidur. Ingat tadi lepas terawih pening ni boleh hilang, tp tak hilang2 juga, di tambahi pula dengan tidak boleh tidur.
Sungguh bosan tidak dapat melelapkan mata. Perut lak kembung dengan angin, maka fikiran ku layangkan kenangan semasa berada di kota Mekah dan Madinah.
Kat mana stop haritu ek. Oo kat Madinah. Ok dalam semasa berada di Madinah ada satu hari kami di bawa untuk ziarah luar, mengunjungi Masjid Quba, kebun kurma dan pasar kurma. Sabda baginda Rasul saw, sesiapa yang mengambil air sembahyang dan mengunjungi Masjid Quba dan bersolat di dalamnya, sama la pahala dengan pahala mengerjakan umrah. Masa di berikan oleh mutawif untuk bersembahyang di dalam Masjid Quba terlalu singkat, walaupun begitu kami sempat juga membuat solat2 sunat di dalamnya. Alhamdullilah.
Kemudian kami di bawa ke kebun kurma, di situ terdapat kebun kurma dan kedai menjual pelbagai jenis kurma, kekacang, halwa dan manisan. Pada masa itu harga Kurma Nabi adalah 80 riyal sekilo, kurma aber 30 sekilo, liley tidak membeli banyak di kedai kurma di kebun kurma tersebut, kerna harganya tetap dan tidak boleh lagi di tawar2. Sehubungan dengan itu ketua rombongan kami menasihati kami membeli kurma di pasar kurma nanti, kerana di sana harga lbih murah dan boleh tawar.
Selepas itu kami di bawa ke pasar kurma. Hati2 membeli di sini kerana walaupun di kata harga kurma jauh lebih murah di sini, tetapi adakala penjual menipu kita dengan memberi kita gred kurma yanglebih rendah. Contohnya kurma Nabi yg di katakan hanya 40 riyal sekilo , padahal kurma yg diberi bukan la kurma Nabi yang sebenarnya, walaupun rupanya seakan2 kurma Nabi. Liley ingat dah terer pasal kurma tetapi tertipu gak , bila dah beli , masuk kedai lain, org yg kat kedai lain tu bagi tahu, kurma Nabi yg ori harganya tidak akan kurang dari 50 riyal. kalau ada yang bawah dr itu , itu bukan kurma Nabi mungkin kurma syafawi dan kurma lain dan penjual itu menunjukkan kami kurma Nabi yg sebenar. Nasib lah beli sekilo jer, ingat di hati nak beli dua kilo, kalau tak berkilo2 la sakitnya hati.
Kat bawah ni gambar makcik liley kat kedai dan kebun kurma. Kalau perasan pokok kurma kaw bawah tu sebiji macam pokok kelapa sawit.
Bilanye ko nak up to date blog kau.. Aku ikuti gak perkembangan kau semasa di sana (Makkah)
ReplyDeleteThe Ultimate Guide to Titanium Armature & Long-Handle
ReplyDeleteThe original model is a urban titanium metallic long-handled design with some basic titanium bike frame design elements that were used to black titanium rings make joico titanium the world's longest handle titanium price per pound for all double edge