Ada satu cerita, tapi nie rahsia tau, tk bleh bg tahu org lain, kang malu den di bueknya. Pada satu hari hari sabtu masa tuh, liley pergi office yer la kan pekerja berdedikasi gitu so sabtu pun gi office .. hehe takde la sebenarnya takde benda nak buat kat rumah , tu sebab pergi office, Ye ker? jarang nie kes cangini, eh tp betullah liley memang pergi office tgk kalau ada apa2 benda boleh buat tp sambil tu biasa la surfing, tp dah keje liley nie research memang kena byk surfing ... her her her alasan je tu, tp baca blog je yg banyak, alamak sorry bos, errkk bos mana marah sebab dah baca bismillah 5/6/9 errr ... , tp tu yang kat atas tu nampak, apa nak jawab di sana n di bawah tu nanti. Adoi kang malam solat taubat dan pandai la cover balik . Eh tapi memang betullah liley cover balik ler dengan datang awal office n balik lambat. Bukan nak tunjuk tapi tak nak le orang salah faham, kalau ada blog nie mesti time office curi2 masa utk baca blog or posting nie, memang liley akui time office ada ,yer la kalau dah boring n mengantuk sangat2 tuh pesalah rehat2 sikit baca blog or komen then pandai2 la cover balik, balik lambat atau buat kerja kat rumah, sampai dateline and delivered tu yg penting. Lawak memang lawak lah, tp kena ingat siksa tuhan tidak ketepi, setiap apa yang kita lakukan mesti ada pembalasan walaupun sebesar zarah. Baik di balas baik , jahat di balas jahat. So nak di balas baik banyak ke atau nak di balas jahat banyak. Lu pk la sendiri.
Alamak dah tersasar dari tajuk dan cerita sebenar, ni la akibat kalau tak dapat control, atau ada kuasa lain yang mengkotrol kita dalam badan. jangan biarkan diri anda diselubungi mesteri. Alamak nie semua bukan cerita yang hendak di story moreykan. Ok berbalik pada yang asal tadi cerita datang kerja hari sabtu, jeng jeng jeng bukan cerita hantu, cerita perempuan angau .har har har , datang lah buat keje sikit, baca blog, buat posting, komen2 blog, then balik. Opps belum balik lagi time tgh kat meja tu bos pun datang office gak, so bos nampak, hehehe cam biasa bertambah la point sikit ..ecewah ...bukan tu nak citer, nak citer bila time nak balik, nie rahsia tau.
Ala malu lak nak citer, cam biasa kat floor nie ada dua lift, tp lift yg hujung sikit tu yg boleh access keluar sampai ground. Selalu kalau hari biasa amik lift dekat turun sampai basement, tp hari sabtu basement tutup, so pergi lah ikut lift yang jauh sikit tuh nak turun, bila nak bukak je pintu nak ke lift tuh, terpandang la satu pintu unit lain nie, tak berkunci, ha jeng2 mula lah pikir yang bukan2, eh nak masuklah, eh nak jengguklah , eh ada org kat dalam ker? eh siapa last semalam tk kunci pintu, eh nak ngadu kat bos la nant unit nie tk kunci pintu, semua penyakit2 hati dah datang. Ishkk tak sangka aku ada penyakit2 nie, ke ada anasir jahat yang berada dalam badan aku dan mempengahruhi minda aku. Tahu tak akhirnya berjaya juga penyakit aku nie menguasai aku, mula2 malehlah lantak lah, tp akhirnya aku masuk gak kat unit tuh dengan buat2 tanya "anybody home" .. yer la takut kot2 ada org cam aku datang keje hari sabtu, tengok lampu tk di buka, takde org sahut, sah dorang tk kunci pintu ... bahaya betul diorang ni, dalam tu macam2 benda ada, chip2 harga ratusan ribu then server2 baru, mcm2 lagi lah. Tp bukan itu yang nak cerita, yang nak cerita nie, ehem ehem malu sket nak citer, kang terbaca lak dia blog liley nie, but mcm ada suatu kuasa tak bagi aku stop type sampai habis cerita nie, ceritalah, ada la sorang mamat kat office nie yg liley suka ..adoi ...mati aku .. meja dia betul2 dekat ngan pintu tuh, liley pun amik kesempatan pergi kat meja dia, punya la bersepah, nak tolong kemas kang, hari isnin dia dtg pelik lah dia kang dia tanya hantu mana lak yang kemas mejadia, nasib yg tu bleh control, takde la liley kemas, ada kemeja dia sangkut kat kursi ..ishkk tak kan aku nak amik baju dia ni , gila ke apa, last2 tgk orgnizer dia, jahatnya aku..eh rahsia tau ... wahhh punya la kemas organizer dan tulisan dia tak macam meja dia bersepah. Serius cantik gila tulisan mcm bukan tulisan lelaki. Aku tak caya, nak confirm tu tulisan dia aku tengok le kerta2 yg ada kat meja dia, memang tu tulisan dia. Tetiba aku tersedar yang aku nie dah menceroboh, cctv office tk penting cctv kat atas tu yang penting, last2 cabut keluar terus balik nasib baiklah iman masih teguh.
Wasalam.
No comments:
Post a Comment